LEE LING WEA C12A110
NOR ATIKAH BINTI AHMAD C12A484
TAJUK :
LAGU KEBANGSAAN NEGERI PERAK DI PILIH SEBAGAI LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pada hari
ini dalam tahun 1957, Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah
dipilih sebagai lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan lagu kebangsaan
ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan yang
dipengerusikan oleh Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Empat buah lagu yang layak ke peringkat pemilihan akhir lagu-lagu Kebangsaan
telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis di Dewan Polis Depoh, Kuala
Lumpur. Antara lagu-lagu tersebut termasuklah lagu gubahan Tuan Zubir Said dan
Benjamin Britain. Berikutan daripada itu, Jawatankuasa Pemilih telah memutuskan
untuk memilih Lagu Kebangsaan Negeri Perak sebagai Lagu Kebangsaan Persekutuan
Tanah Melayu Merdeka. Pemilihan dibuat berdasarkan unsur-unsur kemelayuan yang
terdapat pada lagu Terang Bulan. Keputusan pemilihan jawatankuasa pemilih
kemudiannya dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk persetujuan. Lagu kebangsaan buat pertama kalinya telah
diperdengarkan kepada khalayak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab
Selangor.